Garis panduan untuk Portal Pelanggan VT Nation

1.  Untuk menyemak status barang yang telah anda beli, klik pada link tersebut untuk pergi ke portal pelanggan VT Nation http://portalvt.azurewebsites.net 

2. Log masuk ke akaun anda menggunakan marking sebagai nama pengguna dan nombor telefon anda sebagai kata laluan

Soalan: Bagaimana cara saya mahu dapatkan nama pengguna dan kata laluan saya?

Jawapan: Anda boleh dapatkannya daripada kakitangan VT Nation sebelum log masuk ke portal pelanggan ini

 

Contoh:

Nama pengguna: YY

Kata laluan: 031234567

3. Warehouse List

Selepas anda log masuk ke akaun anda, anda boleh membaca terma dan syarat berikut. “Warehouse List”  merupakan menu untuk menunjukkan senarai barang yang telah dihantar ke gudang Guang Zhou. Anda boleh menyemak sama ada barang anda sudah diterima di gudang Guang Zhou ataupun belum

Nota: Jadual di bawah merupakan Warehouse List, sila ambil perhatian bahawa ia hanya menunjukkan barang yang diterima dari Guang Zhou sahaja

4. PO

Klik PO pada menu untuk menyemak barang yang telah dimasukkan ke dalam kontena, termasuk barang dari gudang Yiwu 

Sebagai contoh, jika ruangan “Container Ref No” menunjukkan nombor (exp:SM20-033), bermaksud barang anda telah dimasukkan ke dalam kontena SM20-033 dan bersedia untuk dihantar. Walaubagaimanapun, jika ruangan tersebut menunjukkan “n/a”, bermaksud barang anda masih belum dimasukkan ke dalam kontena

Nota: Kami akan menyusun barang anda sebaik sahaja barang anda tiba di gudang kami

5. Container

Seterusnya, anda boleh menyemak status kontena anda di laman “Container”

Estimate time arrival (ETA) merupakan tarikh kontena mendarat di pelabuhan Malaysia. Contohnya, jika ETA Port menunjukkan 06/06/2020, bermaksud kontena tersebut telah mendarat pada 06/06/2020

Nota: Jika ETA Port menunjukkan “n/a”, bermaksud kontena tersebut belum bersedai untuk berlepas

Loaded time adalah tarikh barang pelanggan yang telah dimasukkan ke dalam kontena

Delay time akan terpapar sekiranya barang sampai lebih dari jangka masa yang dianggarkan. Situasi ini kebiasaannya berpunca daripada kastam yang membuat permintaan untuk menyemak barang tersebut. 

6. Anda juga boleh mengetahui status kontena tersebut dengan pergi ke ruangan “Status”. 

Loaded = Kontena dalam perjalanan ke Malaysia

Delay = Kontena akan sampai pada pelanggan lebih dari jangka masa yang ditetapkan

Unstuffing = Barang anda telah sampai ke pelabuhan dan bersedia untuk diedarkan

Delivery = Barang anda akan dihantar kepada anda dalam masa 3-5 hari bekerja selepas “unstuffing”

8. Untuk menyemak barang anda dalam setiap kontena, anda boleh klik  pada list kontena yang terdapat pada jadual seperti yang ditunjukkan dia bawah. 

Sebagai contoh, jika anda klik pada SM20-034, anda boleh lihat semua pesanan anda telah dimasukkan ke dalam kontena tersebut.

Mahirkan langkah-langkah di atas, anda boleh menyemak penghantaran anda bila-bila masa tanpa sebarang masalah! Hubungi kami di talian telefon 018-3576692 untuk sebarang masalah. 

Ikuti kami di Facebook @vtnation.logistik untuk maklumat lanjut. 

SESI Q&A

1. Dimana saya boleh menyemak pesanan saya yang sudah berada di gudang. 

Pergi ke “Warehouse List”, anda boleh menyemak pesanan anda dari Yiwu dan Guangzhou.(Langkah 3)

2. Bagaimana saya boleh menyemak ETA

Pergi ke ruangan “Container”, awak boleh menyemak ETA di ruangan “ETA port” *(Langkah 5)

3. Apakah PO?

PO adalah senarai pesanan yang telah dimasukkan ke dalam kontena. (Langkah 4)

4. Bila saya boleh menerima pesanan saya selepas kontena sampai?

Anda boleh menerima pesanan anda dalam masa 3 hari bekerja untuk (Kuala Lumpur & Selangor) dan 5 hari

bekerja untuk pesanan dari luar negara

(Langkah 6)

Contact us

Cara memuat turun dan menggunakan aplikasi kami

Pelancaran Aplikasi VT NATION dengan mata keahlian. M3 boleh digunakan untuk mengumpul mata,penebusan diskaun akan dilancarkan dari masa ke masa. Lebih banyak M3 anda beli, lebih banyak mata ganjaran yang anda akan dapat.Anda hanya boleh menebus hanya pada Aplikasi VT Nation sahaja!

Tunggu apa lagi? Cepat muat turun Applikasi kami!

(UNTUK PENGGUNA ANDROID SAHAJA BUAT SEMENTARA WAKTU)

Muat turun di Play Store

Langkah 1

Pergi ke GOOGLE PLAY STORE dan cari 

VT NATION LOGISTICS“.

Kemudian klik DOWNLOAD

Log Masuk

Langkah 1

Selepas memuat turun, buka aplikasi tersebut dan klik pada butang atas sebelah kiri.

Langkah 2 :

Klik “LOGIN” untuk pendaftaran akaun baru.

Langkah 3 (a) :

Untuk pelanggan sedia ada, nama pengguna & kata laluan adalah sama dengan Portal Pelanggan VT Nation. Oleh itu, anda tidak perlu mendaftar semula untuk akaun baru

Langkah 4 (a) :

Untuk pelanggan baharu, klik pada  “ Create an account” dan isikan maklumat peribadi anda dan hantarkan kepada kami. Khidmat pelanggan kami akan segera menghubungi anda secepat mungkin.

Reward Point

Selepas anda selesai mendaftar dan log masuk ke akaun, anda akan masuk ke halaman ini. Bahagian yang ditunjukkan pada rajah tersebut merupakan pungutan mata yang telah dikumpul.

Purchase Order

(a) Pesanan daripada pengeluar

(b) Rekod tarikh barang diterima

(c) Bahagian ini akan menunjukkan nombor pengesan atau nombor pesanan bagi barang anda. 

Container

(a) Anda boleh menyemak barang yang telah dimuatkan ke dalam kontena(dalam perjalanan)

 (b) Nombor rujukan Kontena.

(c) ORIGIN: Akan menunjukkan lokasi barang anda berlepas (Gudang Guangzhou/Yiwu)

DEST: di mana kontena itu akan mendarat

(d) LOADED: Tarikh barang dimasukkan ke dalam kontena (dalam perjalanan)

(e) ETA PORT:  Anggaran tarikh kontena akan mendarat di pelabuhan Malaysia

(f) UNSTUFFING: Tarikh barang akan sampai ke Malaysia, dan diturunkan daripada kontena utuk urusan penghantaran. Barang akan dihantar kepada anda berdasarkan: 

LOCAL (KL): Akan dihantar dalam masa 3 hari bekerja

OUTSTATION (outside KL): Akan dihantar dalam masa 5 hari bekerja

Ask Us

Jika anda ada sebarang pertanyaan boleh berhubung dengan kami di sini. 

About Us

Jika anda ingin mengetahui lebih lanjut tentang kami, sila klik di sini untuk pergi ke Laman Web VT

APPLIKASI INI HANYA MENYEDIAKAN DATA YANG MEMPUNYAI 90 HARI REKOD TERAWAL,JIKA ANDA MEMERLUKAN PAPARAN REKOD SEBELUMNYA,ANDA PERLU MENGGUNAKAN VT CLIENT PORTAL UNTUK MENYEMAK REKOD TERSEBUT

Contact us

Telefon bimbit merupakan punca utama penyebaran virus ?!

Masyarakat sering menyatakan bahawa mereka perlu membasuh tangan mereka dengan kerap, tetapi tiada siapa pun menyatakan yang kita perlu membersihkan telefon bimbit kita. Masyarakat menyentuh telefon bimbit mereka selama hampir 16 jam sehari, kecuali pada waktu tidur. Sebagai contoh, membalas mesej, melayari Facebook, Instagram dan sebagainya. Bahkan kita juga menggunakan telefon bimbit sewaktu membeli belah. 

Kadar penggunaan telefon bimbit dalam kalangan masyarakat sangat tinggi, tetapi masyarakat tidak pernah menjadikan rutin membersihkan telefon bimbit mereka sebagai rutin harian. Kita tidak tahu berapa banyak kuman yang melekat pada telefon bimbit kita. Kajian menunjukkan bahawa kuman yang terdapat pada paparan skrin telefon adalah 3 kali lebih tinggi berbanding di dalam tandas! Oleh itu, kiat mesti perketatkan kebersihan dan pembasmian kuman pada telefon bimbit kita. 

Walaubagaimanapun, bila dan bagaimana cara kita membasmi kuman pada telefon bimbit? Cadangan kami adalah, apabila anda sampai sahaja di rumah, pilih pembasmi kuman yang mempunyai 70% hingga 75% kuantiti alkohol, gunakan kain yang bersih dan letakkan kuantiti alkohol yang sesuai untuk membasmi kuman pada skrin telefon anda.

Elakkan daripada meletakkan pembersih kuman terus ke telefon anda bagi mengelakkan kerosakkan pada telefon anda. Jika anda tidak menggunakan telefon anda semasa anda keluar, anda tidak perlu membasmi kuman pada permukaan telefon bimbit anda. Marilah kita bekerjasama melawan COVID-19!

Contact us

Jimat 40% di Taobao? Serius lah?

Untuk membuktikan kepada anda semua perbandingan harga barangan yang sama tetapi berbeza platform “Online shopping” telah dibuat. Jika anda seorang yang amat mementingkan harga dalam membeli sesuatu, maka Taobao adalah platform yang disyorkan kepada anda untuk membeli secara atas talian. Oleh itu, perbandingan harga telah dibuat keatas barangan alat solek dan aksesori solek yang sering dibeli oleh wanita iaitu, “Makeup organizer”. Perbandingan ini dibuat bukanlah untuk memburukkan mana2 pihak, tetapi untuk menunjukkan perbandingan harga diantara Taobao dan platform online yang popular dikalangan rakyat Malaysia.

Perhatikan gambar di bawah. perbandingan harga diantara 3 online platform.

jika anda lihat pada Online Platform S, barangan tersebut dijual pada tanda harga RM49.04, manakala jika di Online Platform L pula dijual RM38.90. terdapat perbezaan sebanyak RM10.14 diantara kedua-dua kedai tersebut. Jika anda lihat pula pada platform Taobao, barangan yang sama dijual pada tanda harga RM29.52 (anggaran harga) yang dipaparkan pada perincian barang. 

Jumlah yang perlu dibayar jika anda memeriksa keluar barangan tersebut daripada troli pembelian dengan jumlah RM60.84 . Jika diperhatikan, barangan ini juga dihantar dari luar negara dan mengambil masa selama seminggu dan mungkin lebih.

Bagi Online Platform L pula, berdasarkan pada gambar di atas, jumlah harga barang termasuk kos pengangkutan adalah sebanyak RM43.70. Penghantaran barang juga mengambil masa hampir seminggu.

Di Taobao anda hanya perlu membayar RM29.22 jauh lebih murah daripada mana-mana online platform yang sering digunakan dan boleh berjimat sehingga 40% di Taobao. Kebanyakan penjual online di Malaysia juga turut membuat tempahan di Taobao dan menjual semula. Kesimpulan daripada perbandingan harga yang dibuat ini, jika anda bandingkan harga diantara Taobao dan Online Platform S, anda dapat berjimat sebanyak 40%. Masa yang diambil bagi penghantaran barang untuk sampai ke anda juga hampir sama bagi ketiga-tiga Online Platform ini. Jadi mengapa perlu membayar lebih jika anda boleh berjimat. 

Berminat untuk membeli di Taobao tapi Bagaimana caranya?

Cara-cara membeli di Taobao: “http://news.vtnation.com.my/cara-lain-untuk-membuat-pembayaran-di-taobao/

Sila ikuti kami di:-

laman facebook vtnation.logistik: “https://www.facebook.com/vtnation.logistik/

Instagram vtnation.logistik: “https://www.instagram.com/vtnation.logistik/

untuk sebarang pertanyaan mengenai servis dan perkhidmatan kami.

Contact us

BESTNYA KALAU ADA SEMUA NI DI RUMAH

Harini kami ingin kongsikan barang-barang menarik yang boleh didapati di Taobao. Barang-barang ini bukan sahaja dapat memudahkan kerja rumah, malah dapat menjimatkan ruang juga. Jom lihat dan shopping.

Shopping di China dengan senang hati, kami bantu anda hantar barang dari China ke Malaysia. Anda hanya perlu tunggu sehingga barang anda sampai.Whatsapp atau pm kami di FB Messenger untuk ship barang anda

Adakah anda pengguna baru yang ingin membeli barang di Taobao?

Anda tidak tahu macam mana nak beli di Taobao?

Anda perlukan servis pengangkutan yang murah dan jimat?

Anda memerlukan servis penghantaran sehingga depan rumah?

Hubungi kami melalui Whatsapp  & Facebook Messenger  untuk mengetahui bagaimana untuk membeli dan menghantar barang anda ke Malaysia

Contact us

Hias rumah dengan hanya RM4500

Rumah kecil tapi nak hias cantik-cantik? Dengan hanya bajet RM4500 anda boleh miliki bilik dan ruang tamu yang cantik. Tapi dekat mana anda boleh beli perabot mahal-mahal ni dengan harga murah? Mestilah di Taobao. 

Ruang Tamu RM3570

Bilik Tidur RM963

Teringin nak bilik tidur yang cantik? tapi harga di kedai perabot mahal? jangan risau realisasikan impian anda dengan beli di Taobao. Murah Gilerr!!

Cantik kan perabot – perabot yang terdapat di Taobao? anda tak perlu keluarkan belanja yang lebih untuk menghias rumah anda seperti ini. Jimat KAW KAW hanya di Taobao. 

Adakah anda pengguna baru yang ingin membeli barang di Taobao?

Anda tidak tahu macam mana nak beli di Taobao?

Anda perlukan servis pengangkutan yang murah dan jimat?

Anda memerlukan servis penghantaran sehingga depan rumah?

Hubungi kami melalui Whatsapp  & Facebook Messenger  untuk mengetahui bagaimana untuk membeli dan menghantar barang anda ke Malaysia

Contact us

Cara hubungi seller

Sebelum keterujaan anda dalam membeli barang di Taobao membinasakan akaun bank anda, beberapa perkara yang harus anda menitik beratkan. Taobao merupakan platform “online shopping” sama seperti Amazon, Shopee, Lazada dan sebagainya). Transaksi dan kualiti barang adalah berdasarkan ketelusan penjual. Oleh itu, untuk mengelakkan kekecewaan daripada membeli barang yang tidak berkualiti, alat yang rosak, satu perkara yang boleh anda lakukan sebelum membuat pembelian adalah hubungi ‘Seller’.

Macam mana caranya ?

IKUTI 7 LANGKAH MUDAH INI!

  1. Taip “Aliwangwang Download” di browser anda. 

  2. Klik “Ali Want”

  3. Klik Download

  4. Klik “Download now” selepas anda memilih mengikut OS anda.

  5. Install perisian tersebut setelah download. 

  6.  Log masuk Aliwangwang menggunakan akaun Taobao anda. 

  7. Klik ikon “Aliwangwang” di laman web Taobao untuk hubungi Seller

 

Nota: 

  • Anda boleh mulakan bertanya kepada seller sama ada mereka boleh berbahasa English ataupun tidak. 

  • Anda boleh menggunakan “Google Translate” dan pilih “Chinese Simplified” untuk menterjamahkan ayat anda

Contact us

Cara lain untuk membuat pembayaran di Taobao

Pasti ramai yang pernah mendengar tentang “Taobao”. Walaubagaimanapun, kami juga dapati ada antara kalian yang masih tidak tahu cara membuat pembayaran menggunakan platform Taobao. Selain membayar sendiri, terdapat banyak lagi kaedah yang boleh digunakan untuk membuat pembayaran. 

Sebenarnya, Taobao juga mempunyai fungsi yang dipanggil “friends pay for it”. Untuk mudah difahami, fungsi “friends pay for it” adalah kaedah di mana anda sebagai pengguna boleh meminta seseorang untuk membantu anda melaksanakan proses pembayaran. Maksudnya, anda bayar kepada pihak ketiga yang boleh dipercayai dan minta mereka untuk bayarkan barang yang kita beli di Taobao

Kenapa kaedah ini dilaksanakan? Taobao telah menitikberatkan kaedah ini kerana ramai dalam kalangan pengguna tidak mempunyai Alipay atau perbankan internet, jadi mereka menggunakan kaedah ini supaya semua pelanggan mereka dapat dapat melengkapkan proses pembayaran untuk barang kegemaran mereka! Syarikat kami, VT Nation Trading akan menyediakan perkhidmatan ini untuk anda! Jika anda merancang untuk terus menggunakan perkhidmatan ini dengan kami, sila pastikan anda telah mendaftar bersama kami dan telah mengubah suai alamat penghantaran Taobao anda

  1. Klik di sini untuk mendaftar bersama kami
  2. Klik pada link untuk mengubah suai alamat penghantaran Taobao anda di sini

Lengkapkan dua langkah ini dan anda boleh teruskan untuk membuat pembayaran bersama kami!

1. Buka halaman Taobao dan cari produk yang anda mahu dan klik pada butang “search”

2. Pilih produk yang anda mahu dan klik pada butang “Add to Cart”

3. Selepas itu, anda boleh lihat produk anda telah berjaya ditambah ke dalam “shopping cart”. Jika anda sudah memilih produk yang mahu anda beli, anda boleh klik pada butang “Go to cart to settle” untuk proses selanjutnya. 

4. Halaman ini akan memaparkan produk yang anda telah tambah ke “shopping cart”. Selepas memilih produk yang anda ingin beli, klik pada butang “Settlement”. 

5. Sebelum menghantar pesanan, pastikan alamat penghantaran adalah di gudang kami. (Jika anda ingin mengetahui lebih lanjut cara menukar alamat di platform Taobao sila klik di sini.) Jika anda ada sebarang permintaan untuk penjual, anda boleh meninggalkan mesej pada penjual. 

6. Seterusnya, slide pada bahagian bawah halaman. Anda boleh lihat jumlah keseluruhan barang yang anda ingin beli. Selepas itu klik pada butang “Friends Pay” dan klik “Submit Order” 

7. Selepas menghantar pesanan, anda akan dibawa ke halaman ini jika anda belum mendaftar akaun Alipay. Klik “Account Login” untuk mendaftar. 

Nota: Anda perlu mendaftar ke akaun Alipay untuk meneruskan kaedah pembayaran “ask friend to pay”

8. Selepas anda mendaftar di akaun Alipay, anda akan dibawa ke halaman ini. Masukkan nombor akaun Alipay kami (klik di sini untuk pendaftaran akaun baru bersama kami dan kami akan menyediakan nombor akaun Alipay kami), isikan kod pengesahan dan klik “Ask him to pay”.

9. Seterusnya, halaman ini akan membawa anda untuk menunjukkan yang anda telah berjaya hantarkan permintaan bayaran anda kepada kami. Anda boleh membuat pemindahan pembayaran melalui ATM/perbankan online dan hantarkan screenshot  kepada kami melalui Facebook Massenger. Kami akan meneruskan proses pembayaran di Taobao selepas kami menerima pembayaran daripada anda.

Maklumat yang anda perlu beri kepada kami

  1. “Screenshot” permintaan pembayaran anda
  2. Jumlah keseluruhan yang perlu dibayar.

Kami akan menyediakan invois untuk anda berdasarkan kadar pertukaran (exchange rate), sebagai contoh: Jumlah pada Taobao adalah RMB70/1.6=RM43.75. Selepas anda memindahkan jumlah ini kepada kami, kakitangan kami akan membantu anda menyelesaikan pembayaran Taobao anda pada waktu bekerja. 

Akhir sekali, anda hanya perlu menunggu barang anda dihantar ke rumah anda!

Contact us

Cara menukar alamat gudang di Taobao

Adakah anda tahu anda boleh membeli di Taobao dengan harga penghantaran yang sangat rendah melalui pengangkutan laut? VT Nation Trading sedang menawarkan RM3.50/kg untuk pelanggan pertama yang mendaftar bersama kami! Anda hanya perlu mengubah alamat gudang anda kepada alamat gudang kami di Guangzhou untuk menggunakan perkhidmatan penghantaran kami! 

Jadi, bagaimana cara untuk mengubah alamat gudang tersebut? Mudah sahaja, jom kita mulakan!

1. Pertama sekali, anda perlu masuk ke laman sesawang  Taobao dan klik pada “My Taobao”. 

2. Seterusnya, klik pada “My Shipping address”

3. Anda akan dibawa ke halaman ini dan anda perlu mengisi alamat penghantaran anda di sini

4. Anda boleh mula untuk mengisi alamat gudang kami yang terletak di Guangzhou

Informasi Alamat: Guangdong Province

Informasi Alamat: Wilayah Guangdong/Bandar Guangzhou

Informasi Alamat: Wilayah Guangdong/Bandar Guangzhou/Daerah Baiyun

Informasi Alamat: Wilayah Guangdong/Bandar Guangzhou/Daerah Baiyun/Baiyunhu Jiedao

Address: 范小姐收)大朗南路日盛物流8A仓宇洋国际

Postal code: 510450

Consignee name: (Nombor marking anda) Exp: SM/VR/YY

(Nota: Sila pastikan penerima mengisi marking yang telah kami beri dengan betul, jika tidak gudang tidak dapat terima barang anda!)

Cell phone: Mainland China +86 13828437329

Klik untuk menetapkan alamat penghantaran supaya anda boleh menggunakannya untuk pembelian anda yang seterusnya. Pastikan semua maklumat anda diisi dengan betul, kemudian klik Save. 

Jika alamat baru muncul pada halaman yang ditunjukkan di bawah, bermaksud anda telah melengkapkan alamat gudang kami dan barang yang telah anda beli  di Taobao akan dihantar terus ke gudang kami!

Akhir sekali, jika penjual telah mengahantar bungkusan anda, sila pergi ke website kami vtnation.com dan pergi ke halaman HANTAR UNTUK SAYA untuk proses penghantaran barang anda. 

Untuk sebarang pertanyaan anda boleh hubungi kami di nombor 012-2121098.

Contact us

Cara membuat pembelian di 1688

Selain Taobao, saya percaya ramai di antara kita yang pernah dengar tentang 1688, tetapi tidak tahu menggunakannya. Sebenarnya, 1688 merupakan platform yang bagus untuk peniaga mencari barang, peniaga boleh membeli barang secara borong di 1688 dengan harga yang rendah. Masalah yang mungkin dihadapi adalah, 1688 menggunakan RMB untuk setiap pesanan dan ini mungkin menyukarkan peniaga di Malaysia. Tetapi, masalah ini mampu diatasi dengan cara “find someone to pay for it”!

Bagaimana cara mencari sesorang untuk bayarkan barang anda di 1688? Untuk pengetahuan anda, VT Nation Trading menyediakan perkhidmatan pembayaran ini. Anda hanya perlu menghantar “payment request” di 1688 dan biar kami bantu anda membayarnya!

Hanya memerlukan beberapa langkah mudah sahaja untuk menghantar “payment request” di 1688:

1. Pilih barang yang anda ingin beli dan klik “Add to purchase” setelah anda memilih ciri-ciri barang yang anda inginkan seperti warna barang, size dan kuantiti. 

2. Setelah selesai membeli belah pergi kepada “My Purchase Order”, pilih hanya satu seller dan klik pada “Settlement”

NOTA: Anda hanya boleh menggunakan kaedah ini untuk SATU SELLER sahaja. Sekiranya anda gabung dengan seller yang lain anda tidak boleh membuat pembayaran menggunakan kaedah “ask friend to pay”

3. Selepas menekan butang “Settlement” anda akan dibawa ke halaman ini. Sila pastikan alamat dan marking anda di isi dengan betul untuk mengelakkan sebarang masalah. Jika anda mempunyai sebarang mesej, sila tinggalkan mesej untuk seller anda. Setelah selesai menyemak maklumat anda, sila klik pada butang “Submit Order”

4. Setelah “Submit Order” anda akan dibawa ke halaman ini. Pastikan jumlah bayaran yang perlu dibayar adalah tepat, kemudian klik pada “Alipay” dan klik pada “To pay”.

5. Bila anda tiba di halaman ini klik pada perkataan “Find someone to pay” di bahagian kanan atas halaman. 

NOTA: 

  • Jika perkataan “Find someone to pay” tidak keluar, anda mungkin telah menggabungkan lebih daripada satu seller. Sila ke langkah 2 untuk pilih SATU seller sahaja. 
  • Jika anda tidak memahami tulisan Mandarin, anda boleh copy ayat tersebut dan paste di Google Translate.

6. Setelah memastikan jumlah pembayaran, isikan akaun Alipay VT Nation Trading (Sila daftar marking dengan kami terlebih dahulu untuk mendapatkan marking dan nombor akaun Alipay kami). Isikan marking anda pada ruang “leave a message”, masukkan “check code” dan klik “Ask him to pay”

7. Apabila anda telah masuk ke halaman ini bermaksud anda telah berjaya menghantar “payment request” kepada kami! Tahniah!

8. Kami akan tukar jumlah pembayaran 1688 anda daripada ringgit Malaysia (RM) berdasarkan RMB yang anda mahu bayar, bahagikan dengan rate pertukaran iaitu 1.57. Contohnya, anda menghantar “payment request” kepada kami berjumlah 90.60 yuan untuk dibayar kepada supplier. Sebelum itu, kami akan bahagikan RMB tersebut kepada Ringgit Malaysia mengikut rate pertukaran  sebanyak 1.57, jadi jumlah yang perlu anda bayar kepada kami adalah RM57.71 hasil daripada (90.60 yuan/1.57 rate pertukaran). Setelah anda membayarkan jumlah wang yang telah ditukar, kami akan bantu anda untuk membuat pembayaran kepada Seller!

VT Nation Trading akan pastikan anda boleh membeli belah bila-bila masa di mana sahaja!

Cepat daftar bersama kami!

Follow FACEBOOK kami untuk maklumat lanjut!

Contact us