BESTNYA KALAU ADA SEMUA NI DI RUMAH

Harini kami ingin kongsikan barang-barang menarik yang boleh didapati di Taobao. Barang-barang ini bukan sahaja dapat memudahkan kerja rumah, malah dapat menjimatkan ruang juga. Jom lihat dan shopping.

Shopping di China dengan senang hati, kami bantu anda hantar barang dari China ke Malaysia. Anda hanya perlu tunggu sehingga barang anda sampai.Whatsapp atau pm kami di FB Messenger untuk ship barang anda

Adakah anda pengguna baru yang ingin membeli barang di Taobao?

Anda tidak tahu macam mana nak beli di Taobao?

Anda perlukan servis pengangkutan yang murah dan jimat?

Anda memerlukan servis penghantaran sehingga depan rumah?

Hubungi kami melalui Whatsapp  & Facebook Messenger  untuk mengetahui bagaimana untuk membeli dan menghantar barang anda ke Malaysia

Contact us

Hias rumah dengan hanya RM4500

Rumah kecil tapi nak hias cantik-cantik? Dengan hanya bajet RM4500 anda boleh miliki bilik dan ruang tamu yang cantik. Tapi dekat mana anda boleh beli perabot mahal-mahal ni dengan harga murah? Mestilah di Taobao. 

Ruang Tamu RM3570

Bilik Tidur RM963

Teringin nak bilik tidur yang cantik? tapi harga di kedai perabot mahal? jangan risau realisasikan impian anda dengan beli di Taobao. Murah Gilerr!!

Cantik kan perabot – perabot yang terdapat di Taobao? anda tak perlu keluarkan belanja yang lebih untuk menghias rumah anda seperti ini. Jimat KAW KAW hanya di Taobao. 

Adakah anda pengguna baru yang ingin membeli barang di Taobao?

Anda tidak tahu macam mana nak beli di Taobao?

Anda perlukan servis pengangkutan yang murah dan jimat?

Anda memerlukan servis penghantaran sehingga depan rumah?

Hubungi kami melalui Whatsapp  & Facebook Messenger  untuk mengetahui bagaimana untuk membeli dan menghantar barang anda ke Malaysia

Contact us

Cara hubungi seller

Sebelum keterujaan anda dalam membeli barang di Taobao membinasakan akaun bank anda, beberapa perkara yang harus anda menitik beratkan. Taobao merupakan platform “online shopping” sama seperti Amazon, Shopee, Lazada dan sebagainya). Transaksi dan kualiti barang adalah berdasarkan ketelusan penjual. Oleh itu, untuk mengelakkan kekecewaan daripada membeli barang yang tidak berkualiti, alat yang rosak, satu perkara yang boleh anda lakukan sebelum membuat pembelian adalah hubungi ‘Seller’.

Macam mana caranya ?

IKUTI 7 LANGKAH MUDAH INI!

  1. Taip “Aliwangwang Download” di browser anda. 

  2. Klik “Ali Want”

  3. Klik Download

  4. Klik “Download now” selepas anda memilih mengikut OS anda.

  5. Install perisian tersebut setelah download. 

  6.  Log masuk Aliwangwang menggunakan akaun Taobao anda. 

  7. Klik ikon “Aliwangwang” di laman web Taobao untuk hubungi Seller

 

Nota: 

  • Anda boleh mulakan bertanya kepada seller sama ada mereka boleh berbahasa English ataupun tidak. 

  • Anda boleh menggunakan “Google Translate” dan pilih “Chinese Simplified” untuk menterjamahkan ayat anda

Contact us

Cara lain untuk membuat pembayaran di Taobao

Pasti ramai yang pernah mendengar tentang “Taobao”. Walaubagaimanapun, kami juga dapati ada antara kalian yang masih tidak tahu cara membuat pembayaran menggunakan platform Taobao. Selain membayar sendiri, terdapat banyak lagi kaedah yang boleh digunakan untuk membuat pembayaran. 

Sebenarnya, Taobao juga mempunyai fungsi yang dipanggil “friends pay for it”. Untuk mudah difahami, fungsi “friends pay for it” adalah kaedah di mana anda sebagai pengguna boleh meminta seseorang untuk membantu anda melaksanakan proses pembayaran. Maksudnya, anda bayar kepada pihak ketiga yang boleh dipercayai dan minta mereka untuk bayarkan barang yang kita beli di Taobao

Kenapa kaedah ini dilaksanakan? Taobao telah menitikberatkan kaedah ini kerana ramai dalam kalangan pengguna tidak mempunyai Alipay atau perbankan internet, jadi mereka menggunakan kaedah ini supaya semua pelanggan mereka dapat dapat melengkapkan proses pembayaran untuk barang kegemaran mereka! Syarikat kami, VT Nation Trading akan menyediakan perkhidmatan ini untuk anda! Jika anda merancang untuk terus menggunakan perkhidmatan ini dengan kami, sila pastikan anda telah mendaftar bersama kami dan telah mengubah suai alamat penghantaran Taobao anda

  1. Klik di sini untuk mendaftar bersama kami
  2. Klik pada link untuk mengubah suai alamat penghantaran Taobao anda di sini

Lengkapkan dua langkah ini dan anda boleh teruskan untuk membuat pembayaran bersama kami!

1. Buka halaman Taobao dan cari produk yang anda mahu dan klik pada butang “search”

2. Pilih produk yang anda mahu dan klik pada butang “Add to Cart”

3. Selepas itu, anda boleh lihat produk anda telah berjaya ditambah ke dalam “shopping cart”. Jika anda sudah memilih produk yang mahu anda beli, anda boleh klik pada butang “Go to cart to settle” untuk proses selanjutnya. 

4. Halaman ini akan memaparkan produk yang anda telah tambah ke “shopping cart”. Selepas memilih produk yang anda ingin beli, klik pada butang “Settlement”. 

5. Sebelum menghantar pesanan, pastikan alamat penghantaran adalah di gudang kami. (Jika anda ingin mengetahui lebih lanjut cara menukar alamat di platform Taobao sila klik di sini.) Jika anda ada sebarang permintaan untuk penjual, anda boleh meninggalkan mesej pada penjual. 

6. Seterusnya, slide pada bahagian bawah halaman. Anda boleh lihat jumlah keseluruhan barang yang anda ingin beli. Selepas itu klik pada butang “Friends Pay” dan klik “Submit Order” 

7. Selepas menghantar pesanan, anda akan dibawa ke halaman ini jika anda belum mendaftar akaun Alipay. Klik “Account Login” untuk mendaftar. 

Nota: Anda perlu mendaftar ke akaun Alipay untuk meneruskan kaedah pembayaran “ask friend to pay”

8. Selepas anda mendaftar di akaun Alipay, anda akan dibawa ke halaman ini. Masukkan nombor akaun Alipay kami (klik di sini untuk pendaftaran akaun baru bersama kami dan kami akan menyediakan nombor akaun Alipay kami), isikan kod pengesahan dan klik “Ask him to pay”.

9. Seterusnya, halaman ini akan membawa anda untuk menunjukkan yang anda telah berjaya hantarkan permintaan bayaran anda kepada kami. Anda boleh membuat pemindahan pembayaran melalui ATM/perbankan online dan hantarkan screenshot  kepada kami melalui Facebook Massenger. Kami akan meneruskan proses pembayaran di Taobao selepas kami menerima pembayaran daripada anda.

Maklumat yang anda perlu beri kepada kami

  1. “Screenshot” permintaan pembayaran anda
  2. Jumlah keseluruhan yang perlu dibayar.

Kami akan menyediakan invois untuk anda berdasarkan kadar pertukaran (exchange rate), sebagai contoh: Jumlah pada Taobao adalah RMB70/1.6=RM43.75. Selepas anda memindahkan jumlah ini kepada kami, kakitangan kami akan membantu anda menyelesaikan pembayaran Taobao anda pada waktu bekerja. 

Akhir sekali, anda hanya perlu menunggu barang anda dihantar ke rumah anda!

Contact us

Cara menukar alamat gudang di Taobao

Adakah anda tahu anda boleh membeli di Taobao dengan harga penghantaran yang sangat rendah melalui pengangkutan laut? VT Nation Trading sedang menawarkan RM3.50/kg untuk pelanggan pertama yang mendaftar bersama kami! Anda hanya perlu mengubah alamat gudang anda kepada alamat gudang kami di Guangzhou untuk menggunakan perkhidmatan penghantaran kami! 

Jadi, bagaimana cara untuk mengubah alamat gudang tersebut? Mudah sahaja, jom kita mulakan!

1. Pertama sekali, anda perlu masuk ke laman sesawang  Taobao dan klik pada “My Taobao”. 

2. Seterusnya, klik pada “My Shipping address”

3. Anda akan dibawa ke halaman ini dan anda perlu mengisi alamat penghantaran anda di sini

4. Anda boleh mula untuk mengisi alamat gudang kami yang terletak di Guangzhou

Informasi Alamat: Guangdong Province

Informasi Alamat: Wilayah Guangdong/Bandar Guangzhou

Informasi Alamat: Wilayah Guangdong/Bandar Guangzhou/Daerah Baiyun

Informasi Alamat: Wilayah Guangdong/Bandar Guangzhou/Daerah Baiyun/Baiyunhu Jiedao

Address: 范小姐收)大朗南路日盛物流8A仓宇洋国际

Postal code: 510450

Consignee name: (Nombor marking anda) Exp: SM/VR/YY

(Nota: Sila pastikan penerima mengisi marking yang telah kami beri dengan betul, jika tidak gudang tidak dapat terima barang anda!)

Cell phone: Mainland China +86 13828437329

Klik untuk menetapkan alamat penghantaran supaya anda boleh menggunakannya untuk pembelian anda yang seterusnya. Pastikan semua maklumat anda diisi dengan betul, kemudian klik Save. 

Jika alamat baru muncul pada halaman yang ditunjukkan di bawah, bermaksud anda telah melengkapkan alamat gudang kami dan barang yang telah anda beli  di Taobao akan dihantar terus ke gudang kami!

Akhir sekali, jika penjual telah mengahantar bungkusan anda, sila pergi ke website kami vtnation.com dan pergi ke halaman HANTAR UNTUK SAYA untuk proses penghantaran barang anda. 

Untuk sebarang pertanyaan anda boleh hubungi kami di nombor 012-2121098.

Contact us

Cara membuat pembelian di 1688

Selain Taobao, saya percaya ramai di antara kita yang pernah dengar tentang 1688, tetapi tidak tahu menggunakannya. Sebenarnya, 1688 merupakan platform yang bagus untuk peniaga mencari barang, peniaga boleh membeli barang secara borong di 1688 dengan harga yang rendah. Masalah yang mungkin dihadapi adalah, 1688 menggunakan RMB untuk setiap pesanan dan ini mungkin menyukarkan peniaga di Malaysia. Tetapi, masalah ini mampu diatasi dengan cara “find someone to pay for it”!

Bagaimana cara mencari sesorang untuk bayarkan barang anda di 1688? Untuk pengetahuan anda, VT Nation Trading menyediakan perkhidmatan pembayaran ini. Anda hanya perlu menghantar “payment request” di 1688 dan biar kami bantu anda membayarnya!

Hanya memerlukan beberapa langkah mudah sahaja untuk menghantar “payment request” di 1688:

1. Pilih barang yang anda ingin beli dan klik “Add to purchase” setelah anda memilih ciri-ciri barang yang anda inginkan seperti warna barang, size dan kuantiti. 

2. Setelah selesai membeli belah pergi kepada “My Purchase Order”, pilih hanya satu seller dan klik pada “Settlement”

NOTA: Anda hanya boleh menggunakan kaedah ini untuk SATU SELLER sahaja. Sekiranya anda gabung dengan seller yang lain anda tidak boleh membuat pembayaran menggunakan kaedah “ask friend to pay”

3. Selepas menekan butang “Settlement” anda akan dibawa ke halaman ini. Sila pastikan alamat dan marking anda di isi dengan betul untuk mengelakkan sebarang masalah. Jika anda mempunyai sebarang mesej, sila tinggalkan mesej untuk seller anda. Setelah selesai menyemak maklumat anda, sila klik pada butang “Submit Order”

4. Setelah “Submit Order” anda akan dibawa ke halaman ini. Pastikan jumlah bayaran yang perlu dibayar adalah tepat, kemudian klik pada “Alipay” dan klik pada “To pay”.

5. Bila anda tiba di halaman ini klik pada perkataan “Find someone to pay” di bahagian kanan atas halaman. 

NOTA: 

  • Jika perkataan “Find someone to pay” tidak keluar, anda mungkin telah menggabungkan lebih daripada satu seller. Sila ke langkah 2 untuk pilih SATU seller sahaja. 
  • Jika anda tidak memahami tulisan Mandarin, anda boleh copy ayat tersebut dan paste di Google Translate.

6. Setelah memastikan jumlah pembayaran, isikan akaun Alipay VT Nation Trading (Sila daftar marking dengan kami terlebih dahulu untuk mendapatkan marking dan nombor akaun Alipay kami). Isikan marking anda pada ruang “leave a message”, masukkan “check code” dan klik “Ask him to pay”

7. Apabila anda telah masuk ke halaman ini bermaksud anda telah berjaya menghantar “payment request” kepada kami! Tahniah!

8. Kami akan tukar jumlah pembayaran 1688 anda daripada ringgit Malaysia (RM) berdasarkan RMB yang anda mahu bayar, bahagikan dengan rate pertukaran iaitu 1.57. Contohnya, anda menghantar “payment request” kepada kami berjumlah 90.60 yuan untuk dibayar kepada supplier. Sebelum itu, kami akan bahagikan RMB tersebut kepada Ringgit Malaysia mengikut rate pertukaran  sebanyak 1.57, jadi jumlah yang perlu anda bayar kepada kami adalah RM57.71 hasil daripada (90.60 yuan/1.57 rate pertukaran). Setelah anda membayarkan jumlah wang yang telah ditukar, kami akan bantu anda untuk membuat pembayaran kepada Seller!

VT Nation Trading akan pastikan anda boleh membeli belah bila-bila masa di mana sahaja!

Cepat daftar bersama kami!

Follow FACEBOOK kami untuk maklumat lanjut!

Contact us

Cara import alamat gudang di 1688 daripada Taobao

Adakah anda tahu anda boleh membeli di 1688 dengan harga penghantaran yang sangat rendah melalui pengangkutan laut? Anda hanya perlu mengubah alamat gudang anda kepada alamat gudang kami di Guangzhou untuk menggunakan perkhidmatan penghantaran kami! 

Jadi, bagaimana cara untuk mengubah alamat gudang tersebut? Mudah sahaja, jom kita mulakan!

1. Pertama sekali, anda perlu masuk ke laman Maklumat dan klik pada post “Cara menukar alamat gudang di 1688.”

2. Seterusnya, klik pada butang di bawah ini

Anda akan dibawa ke halaman di bawah ini untuk import alamat gudang VT Nation daripada Taobao

4. Klik pada butang di sebelah kanan untuk import new address.

5. Tanda pada checkbox dan klik butang Save. 

NOTA: Klik pada butang yang kami sudah tandakan pada gambar

Setelah anda klik butang Save anda boleh lihat alamat gudang VT Nation terpapar seperti gambar di atas. 

Contact us