Garis Panduan Menggunakan Platform Taobao
- Sukar untuk melayari laman web Taobao?
- Tidak tahu menukar bahasa pada laman web Taobao
- Tidak yakin dengan Platform Taobao
JANGAN RISAU! KAMI ADA PENYELESAIANNYA!
VT Nation menyediakan satu garis panduan untuk memudahkan anda melayari laman web Taobao. Kami akan bimbing anda daripada menukar bahasa sehinggalah proses pembayaran selesai!
Menukar Bahasa
- Klik pada Google Chrome untuk membuka laman web Taobao
- Setelah anda masuk ke laman sesawang Taobao, Klik pada butang kanan tetikus dan pilih “translate to english” untuk menukar bahasa.
**Hubungi kami di facebook, jika anda ada sebarang pertanyaan.
Cipta Akaun Baru
- Buka laman sesawang Taobao dan cari butang “free registration” dan klik pada butang tersebut untuk pendaftaran akaun baru
- Masukkan kod negara untuk nombor telefon anda
- Masukkan nombor telefon anda bermula selepas kosong. Contohnya 0123456789. masukkan 123456789
- Masukkan Kod Varifikasi yang dihantar ke nombor telefon anda.
- Isi kan maklumat yang diperlukan dan klik “Submit”.
- Tahniah, anda sekarang telah mempunyai akaun Taobao
**Hubungi kami di facebook, jika anda ada sebarang pertanyaan.
Log Masuk
- Klik pada butang “Login”
- Masukkan “username” dan “password”
- Tahniah, anda telah berjaya Log masuk ke akaun Taobao anda sendiri!
Nota: Pastikan anda ingat “username” dan “password” yang telah anda isi semasa proses pendaftaran
**Hubungi kami di facebook, jika anda ada sebarang pertanyaan.
Tukar Alamat
- Klik pada butang “MY TAOBAO”
- Klik pada Account Setting > Shipping Address.
- Pastikan Country Region adalah “China Mainland”
- Masukkan maklumat alamat gudang VTNation.
- Tukar “mobile phone” kepada “China Mainland” dan masukkan nombor telefon yang kami telah sediakan.
- Tekan submit.
Nota: Log masuk ke sistem kami vtnation.com.my untuk dapatkan alamat gudang kami
**Hubungi kami di facebook, jika anda ada sebarang pertanyaan.
Cari barang & membaca review di Taobao
Cara Pertama
- Cari barang yang anda kehendaki pada ruang carian barang.
- Jika barang anda tidak dijumpai, “Copy” nama barang yang anda ingin cari dan “Paste” pada Google Translate.
- “Copy” terjemahan nama barang anda dan “Paste” pada ruangan carian.
- Pilih barang yang anda mahukan, scroll ke bawah, cari “cumulative reviews” untuk membaca review.
Cara Kedua
- Cari barang yang anda kehendaki.
- Jika barang anda tidak dijumpai, klik pada ikon kamera yang terdapat pada ruangan carian.
- Muat naik gambar barang yang anda kehendaki.
Nota:
- Pastikan and translate menggunakan “Chinese Simplified”
- Pastikan anda tukar bahasa untuk membaca reviews.
- Pastikan save terlebih dahulu gambar barang yang anda kehendaki di dalam laptop anda.
**Hubungi kami di facebook, jika anda ada sebarang pertanyaan.
Proses Pembayaran
- Cari barang yang anda kehendaki dan “Add to Cart”
- Klik “Go to cart to settle”
- Perika maklumat barang anda dan klik “Settlement”
- Periksa alamat penghantaran dan klik “Submit order”
- Pilih cara pembayaran yang anda mahu.
- Pilih bank yang anda ingin gunakan dan isi maklumat yang diperlukan.
- Klik “Confirm & Pay” untuk membuat pembayaran.
- Log masuk ke akaun perbankan atas talian anda untuk pembayaran.
Nota: Pastikan anda sentiasa menukar tulisan untuk memudahkan anda membaca setiap langkah.
Thank you for the good writeup. It in fact was a amusement account it. Adiana Morton Debbee