Garis panduan untuk Portal Pelanggan VT Nation

Garis panduan untuk Portal Pelanggan VT Nation

1.  Untuk menyemak status barang yang telah anda beli, klik pada link tersebut untuk pergi ke portal pelanggan VT Nation http://portalvt.azurewebsites.net 

2. Log masuk ke akaun anda menggunakan marking sebagai nama pengguna dan nombor telefon anda sebagai kata laluan

Soalan: Bagaimana cara saya mahu dapatkan nama pengguna dan kata laluan saya?

Jawapan: Anda boleh dapatkannya daripada kakitangan VT Nation sebelum log masuk ke portal pelanggan ini

 

Contoh:

Nama pengguna: YY

Kata laluan: 031234567

3. Warehouse List

Selepas anda log masuk ke akaun anda, anda boleh membaca terma dan syarat berikut. “Warehouse List”  merupakan menu untuk menunjukkan senarai barang yang telah dihantar ke gudang Guang Zhou. Anda boleh menyemak sama ada barang anda sudah diterima di gudang Guang Zhou ataupun belum

Nota: Jadual di bawah merupakan Warehouse List, sila ambil perhatian bahawa ia hanya menunjukkan barang yang diterima dari Guang Zhou sahaja

4. PO

Klik PO pada menu untuk menyemak barang yang telah dimasukkan ke dalam kontena, termasuk barang dari gudang Yiwu 

Sebagai contoh, jika ruangan “Container Ref No” menunjukkan nombor (exp:SM20-033), bermaksud barang anda telah dimasukkan ke dalam kontena SM20-033 dan bersedia untuk dihantar. Walaubagaimanapun, jika ruangan tersebut menunjukkan “n/a”, bermaksud barang anda masih belum dimasukkan ke dalam kontena

Nota: Kami akan menyusun barang anda sebaik sahaja barang anda tiba di gudang kami

5. Container

Seterusnya, anda boleh menyemak status kontena anda di laman “Container”

Estimate time arrival (ETA) merupakan tarikh kontena mendarat di pelabuhan Malaysia. Contohnya, jika ETA Port menunjukkan 06/06/2020, bermaksud kontena tersebut telah mendarat pada 06/06/2020

Nota: Jika ETA Port menunjukkan “n/a”, bermaksud kontena tersebut belum bersedai untuk berlepas

Loaded time adalah tarikh barang pelanggan yang telah dimasukkan ke dalam kontena

Delay time akan terpapar sekiranya barang sampai lebih dari jangka masa yang dianggarkan. Situasi ini kebiasaannya berpunca daripada kastam yang membuat permintaan untuk menyemak barang tersebut. 

6. Anda juga boleh mengetahui status kontena tersebut dengan pergi ke ruangan “Status”. 

Loaded = Kontena dalam perjalanan ke Malaysia

Delay = Kontena akan sampai pada pelanggan lebih dari jangka masa yang ditetapkan

Unstuffing = Barang anda telah sampai ke pelabuhan dan bersedia untuk diedarkan

Delivery = Barang anda akan dihantar kepada anda dalam masa 3-5 hari bekerja selepas “unstuffing”

8. Untuk menyemak barang anda dalam setiap kontena, anda boleh klik  pada list kontena yang terdapat pada jadual seperti yang ditunjukkan dia bawah. 

Sebagai contoh, jika anda klik pada SM20-034, anda boleh lihat semua pesanan anda telah dimasukkan ke dalam kontena tersebut.

Mahirkan langkah-langkah di atas, anda boleh menyemak penghantaran anda bila-bila masa tanpa sebarang masalah! Hubungi kami di talian telefon 018-3576692 untuk sebarang masalah. 

Ikuti kami di Facebook @vtnation.logistik untuk maklumat lanjut. 

SESI Q&A

1. Dimana saya boleh menyemak pesanan saya yang sudah berada di gudang. 

Pergi ke “Warehouse List”, anda boleh menyemak pesanan anda dari Yiwu dan Guangzhou.(Langkah 3)

2. Bagaimana saya boleh menyemak ETA

Pergi ke ruangan “Container”, awak boleh menyemak ETA di ruangan “ETA port” *(Langkah 5)

3. Apakah PO?

PO adalah senarai pesanan yang telah dimasukkan ke dalam kontena. (Langkah 4)

4. Bila saya boleh menerima pesanan saya selepas kontena sampai?

Anda boleh menerima pesanan anda dalam masa 3 hari bekerja untuk (Kuala Lumpur & Selangor) dan 5 hari

bekerja untuk pesanan dari luar negara

(Langkah 6)

Contact us