Cara lain untuk membuat pembayaran di Taobao
Pasti ramai yang pernah mendengar tentang “Taobao”. Walaubagaimanapun, kami juga dapati ada antara kalian yang masih tidak tahu cara membuat pembayaran menggunakan platform Taobao. Selain membayar sendiri, terdapat banyak lagi kaedah yang boleh digunakan untuk membuat pembayaran.
Sebenarnya, Taobao juga mempunyai fungsi yang dipanggil “friends pay for it”. Untuk mudah difahami, fungsi “friends pay for it” adalah kaedah di mana anda sebagai pengguna boleh meminta seseorang untuk membantu anda melaksanakan proses pembayaran. Maksudnya, anda bayar kepada pihak ketiga yang boleh dipercayai dan minta mereka untuk bayarkan barang yang kita beli di Taobao
Kenapa kaedah ini dilaksanakan? Taobao telah menitikberatkan kaedah ini kerana ramai dalam kalangan pengguna tidak mempunyai Alipay atau perbankan internet, jadi mereka menggunakan kaedah ini supaya semua pelanggan mereka dapat dapat melengkapkan proses pembayaran untuk barang kegemaran mereka! Syarikat kami, VT Nation Trading akan menyediakan perkhidmatan ini untuk anda! Jika anda merancang untuk terus menggunakan perkhidmatan ini dengan kami, sila pastikan anda telah mendaftar bersama kami dan telah mengubah suai alamat penghantaran Taobao anda
- Klik di sini untuk mendaftar bersama kami
- Klik pada link untuk mengubah suai alamat penghantaran Taobao anda di sini
Lengkapkan dua langkah ini dan anda boleh teruskan untuk membuat pembayaran bersama kami!
1. Buka halaman Taobao dan cari produk yang anda mahu dan klik pada butang “search”
2. Pilih produk yang anda mahu dan klik pada butang “Add to Cart”
3. Selepas itu, anda boleh lihat produk anda telah berjaya ditambah ke dalam “shopping cart”. Jika anda sudah memilih produk yang mahu anda beli, anda boleh klik pada butang “Go to cart to settle” untuk proses selanjutnya.
4. Halaman ini akan memaparkan produk yang anda telah tambah ke “shopping cart”. Selepas memilih produk yang anda ingin beli, klik pada butang “Settlement”.
5. Sebelum menghantar pesanan, pastikan alamat penghantaran adalah di gudang kami. (Jika anda ingin mengetahui lebih lanjut cara menukar alamat di platform Taobao sila klik di sini.) Jika anda ada sebarang permintaan untuk penjual, anda boleh meninggalkan mesej pada penjual.
6. Seterusnya, slide pada bahagian bawah halaman. Anda boleh lihat jumlah keseluruhan barang yang anda ingin beli. Selepas itu klik pada butang “Friends Pay” dan klik “Submit Order”
7. Selepas menghantar pesanan, anda akan dibawa ke halaman ini jika anda belum mendaftar akaun Alipay. Klik “Account Login” untuk mendaftar.
Nota: Anda perlu mendaftar ke akaun Alipay untuk meneruskan kaedah pembayaran “ask friend to pay”
8. Selepas anda mendaftar di akaun Alipay, anda akan dibawa ke halaman ini. Masukkan nombor akaun Alipay kami (klik di sini untuk pendaftaran akaun baru bersama kami dan kami akan menyediakan nombor akaun Alipay kami), isikan kod pengesahan dan klik “Ask him to pay”.
9. Seterusnya, halaman ini akan membawa anda untuk menunjukkan yang anda telah berjaya hantarkan permintaan bayaran anda kepada kami. Anda boleh membuat pemindahan pembayaran melalui ATM/perbankan online dan hantarkan screenshot kepada kami melalui Facebook Massenger. Kami akan meneruskan proses pembayaran di Taobao selepas kami menerima pembayaran daripada anda.
Maklumat yang anda perlu beri kepada kami
- “Screenshot” permintaan pembayaran anda
- Jumlah keseluruhan yang perlu dibayar.
Kami akan menyediakan invois untuk anda berdasarkan kadar pertukaran (exchange rate), sebagai contoh: Jumlah pada Taobao adalah RMB70/1.6=RM43.75. Selepas anda memindahkan jumlah ini kepada kami, kakitangan kami akan membantu anda menyelesaikan pembayaran Taobao anda pada waktu bekerja.
Akhir sekali, anda hanya perlu menunggu barang anda dihantar ke rumah anda!
联系我们
- 电话号码: 03-61488108 / 03-61518106
- Facebook: VT Nation Logistics
- 传真号码: 03-6148 8106
- 电子邮件: vtnation@gmail.com
- 微信
- 请点击以下的二维码以进行扫描
- Vivien 012 511 8107
- Miss Tan 012 350 8107
- 隐私和政策